Friday, 17 January 2014

Jangan nafikan hak rakyat

SEMPORNA, JUMAAT, 17 Januari, 2014: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta tidak menafikan hak rakyat khususnya bumiputera dalam isu penutupan pusat latihan GiatMara di Taman Selayang Baru, Selangor.

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, walaupun kerajaan negeri itu mempunyai kuasa untuk berbuat demikian namun kepentingan masyarakat pada setiap masa masih perlu diambil kira.

“Kerajaan PKR Selangor tidak perlu keluar belanja, semua Kerajaan Pusat yang belanja, kita yang bagi ganjaran dan imbuhan pada kakitangan dan elaun pada pelatih.

“Jadi kita harap Kerajaan PKR Selangor tidak menutup GiatMara tersebut atau di tempat lain sebaliknya meneruskan usaha yang telah dijalankan selama ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mara Bersama Rakyat dan Program Bantuan Persekolahan di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment