Friday, 17 January 2014

10 cedera letupan dalam demonstrasi antikerajaan Thai

BANGKOK, JUMAAT, 17 Januari, 2014: Sekurang-kurangnya 10 orang cedera apabila sebuah bom diletupkan dalam perarakan demonstrasi antikerajaan di ibu negara Thailand hari ini, serangan terbaharu terhadap pergerakan yang ingin menggulingkan kerajaan.

Saluran televisyen Bluesky melaporkan, sebanyak 10 orang cedera dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang (12 tengah hari waktu Malaysia) itu.

Jurucakap polis, Anucha Romyanan berkata, polis masih menyiasat jenis bahan letupan yang digunakan dalam kejadian tersebut. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment