Kenaikan bayaran sekolah ikut persetujuan PIBG, kelulusan Jabatan
BUKIT MERTAJAM, KHAMIS 02 Januari, 2013: Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan mengingatkan bahawa setiap kenaikan bayaran sekolah yang dicadangkan mana-mana sekolah perlu mendapat kelulusan Jabatan Pendidikan terlebih dahulu.
Keputusan kenaikan bayaran atau kutipan wang sekolah itu juga harus dibuat dengan persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.
Kementerian Pendidikan tidak pernah mengarahkan mana-mana sekolah untuk meningkatkan kadar bayaran kerana yuran persekolahan telah dimansuhkan oleh kerajaan, katanya.
"Biasanya apabila sekolah hendak mengenakan yuran, mereka kena dapat kelulusan daripada JPN, itu wajib. Sebelum cadangan itu diberi biasanya pengurusan sekolah akan berbincang dengan PIBG. Selepas bersetuju dengan cadangan itu, mereka akan mohon.
"Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) juga akan melihat atas asas apa mereka minta itu. Sekiranya permintaan ini munasabah, pihak PPD akan luluskan. Dasar kita, yuran sekolah memang sudah tidak ada," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Penglihatan) Alma, di sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment