Thursday, 2 January 2014

Pengarah JPN diberi kuasa lulus projek pendidikan sehingga RM5 juta - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 02 Januari, 2013: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kini boleh meluluskan projek pembangunan pendidikan sehingga RM5 juta setahun untuk negeri masing-masing, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini adalah satu daripada langkah transformasi pendidikan yang bertujuan memperkasakan jabatan pendidikan di peringkat negeri dan daerah di bawah fasa pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

"Ketua Setiausaha kementerian telah meluluskan penurunan kuasa kepada pejabat peringkat negeri, yang dahulu mereka hanya boleh belanja sekadar RM500,000 setahun," kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan hari pertama persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment