Kerajaan ikhtiar bantu mangsa banjir
PEKAN, SABTU, 18 Januari, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan berikhtiar mencari dana tambahan bagi meringankan beban mangsa banjir yang kehilangan harta benda dalam bencana itu bulan lalu.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan menyedari bahawa bantuan khas sebanyak RM500 tidak dapat menampung kemusnahan barangan yang dialami mereka.
"Kita sedar tentang perkara itu dan kerajaan berusaha mencari dana tambahan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghulurkan bantuan berupa tilam, bantal, peti sejuk dan televisyen kepada mangsa terlibat.
"Setiap keluarga terlibat akan menerima sumbangan tersebut dan diharap dapat meringankan beban mereka, " katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir dan Meraikan Sukarelawan peringkat Parlimen Pekan di Institut Kemahiran Mara Pekan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment