Muhyiddin, Mukhriz antara penerima pingat
ALOR SETAR 18 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai senarai penerima darjah serta bintang-bintang kebesaran sempena hari keputeraaan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang ke-86 di Istana Anak Bukit, esok.
Muhyiddin merupakan penerima tunggal Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Amat DiHormati (S.H.M.S) yang membawa gelaran Datuk Seri DiRaja.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat DiHormati (SPMK) membawa gelaran Datuk Seri. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140118/dn_25/Muhyiddin-Mukhriz-antara-penerima-pingat#ixzz2qjK6qwwB
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment