My Add

Tuesday, 14 January 2014

Kerajaan tekad pertahankan akidah umat Islam

PUTRAJAYA, SELASA, 14 Januari, 2014: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) akan terus mempertahankan akidah umat Islam termasuk memelihara kesucian kalimah Allah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, hakikatnya kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya nilai dibawa oleh agama gagal dipelihara.

Tegasnya, kerajaan juga sentiasa mengawal dan mencegah propaganda fahaman pluralisme yang kini semakin berkembang parah di negara-negara umat Islam.

"Dalam konteks Malaysia, agama Islam menjadi anutan majoriti dan sudah tentu asas kepada keharmonian masyarakat serta mendapat sokongan semua pihak.

"Walaupun kebebasan agama dibenarkan tetapi Perlembagaam Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam," katanya ketika berucap dalam Majlis Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Masjid Putra di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment