My Add

Tuesday, 14 January 2014

Tukar status sebagai SABK dapat perkenan Agong

ALOR SETAR, SELASA, 14 Januari, 2014: Cadangan kerajaan negeri Kedah untuk mendaftarkan 10 daripada 12 Maktab Mahmud yang ada di seluruh negeri sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, dengan perkenan daripada Tuanku Abdul Halim, 10 Maktab Mahmud itu akan dipinda status sebagai SABK selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.

Katanya, pendaftaran Maktab Mahmud sebagai SABK juga tidak bermakna kerajaan negeri telah kehilangan penguasaan terhadap pengurusan sekolah tersebut.

"Kerajaan negeri dapat menjimatkan sehingga RM16 juta setahun dengan pendaftaran 10 Maktab Mahmud tersebut sebagai SABK dan hanya dua Maktab Mahmud iaitu Maktab Mahmud Alor Setar dan Yan yang akan berada di bawah pembiayaan kerajaan negeri.

"Segala aspek pengurusan sekolah akan dikekalkan dan setiap Maktab Mahmud tersebut hanya akan mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan Pusat setelah didaftarkan sebagai SABK," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perarakan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Jerlun di Pusat Kegiatan Kemas Alor Biak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment