![]() |
* PENDUDUK Lebanon menyaksikan kesan serangan bom kereta di Haret Hreik, selatan Beirut, kelmarin. - AFP |
Serangan terbabit berlaku di Haret Hreik dan angka kematian dijangka meningkat ekoran faktor kejadian berlaku ketika waktu puncak.
Imej yang disiarkan stesen televisyen Hezbollah, Al-Manar TV menunjukkan asap tebal menyelubungi kawasan kejadian dan anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran beberapa buah kereta akibat letupan.
Sebuah bangunan turut dilihat runtuh, selain beberapa buah lagi mengalami kerosakan teruk.
Koresponden al-Jazeera, Rula Amin melaporkan, serangan itu memberi tamparan hebat kepada keselamatan militan Hezbollah disebabkan kebanyakan bangunan terbabit adalah milik kumpulan tersebut.
"Serangan itu berlaku di tengah-tengah kubu kuat Hezbollah dan kawasan tersebut dianggap bukan lagi zon selamat," katanya.
Dalam pada itu, ketua pegawai media Hezbollah, Ibrahim Mousawwi berkata, beliau tidak mahu terburu-buru menuduh mana-mana pihak terlibat dalam serangan itu.
"Situasi di Lebanon pada masa ini terjejas akibat keganasan dan penyelesaian politik amat penting," katanya.
Serangan terbabit berlaku kira-kira seminggu selepas insiden letupan bom kereta di Beirut yang mengakibatkan bekas Menteri Kewangan, Mohamad Chatah dan enam yang lain maut. - AGENSI/UTUSAN

No comments:
Post a Comment