Oleh FAIZAH IZZANI
KUALA SELANGOR, ISNIN, 13 Januari, 2013: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pengurusan rumah kebajikan di negeri itu berfungsi selaras matlamat sebenar serta tidak melakukan penyelewengan atau unsur negatif yang berselindung di bawah nama kebajikan.
Baginda bertitah, segala sumbangan dan bantuan yang diperoleh hendaklah digunakan sebaik-baiknya kerana ia amanah yang harus dimanfaatkan kepada mereka yang berhak menerimanya.
"Beta menitahkan supaya aspek kemudahan asas, pendidikan, kebersihan dan kesejahteraan hendaklah diambil berat dan tidak diabaikan," titah Sultan Selangor ketika merasmikan rumah anak-anak yatim Rumah Aman 2 di Saujana Utama, Sungai Buloh, di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac Bhd., Tan Sri Mohamed Mansor Fateh Din; Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Glomac Bhd., Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor.
Sultan Selangor dalam pada itu turut menyeru ahli-ahli lembaga pengarah rumah kebajikan agar bersikap amanah dan terus berusaha mencari idea serta melakukan apa yang terbaik untuk terus memberi nilai tambah untuk penghuni rumah tersebut.
Tegas baginda, salah satu aspek penting yang harus diterapkan kepada penghuni rumah anak yatim seperti Rumah Aman adalah disiplin agar mereka mempunyai budi pekerti mulia, mentaati agama serta mematuhi undang-undang.
"Ini amatlah penting kerana mereka juga adalah aset penting kepada pembangunan negeri Selangor pada masa akan datang," titah Sultan Sharafuddin.
Sultan Selangor turut menyeru semua pihak termasuk kerajaan, swasta, badan-badan korporat serta individu agar tampil memberi sumbangan dan bantuan kepada Rumah Aman dan rumah kebajikan berdaftar yang lain bagi membantu meringankan beban mereka.
Jelas baginda, sumbangan dan sokongan moral secara ikhlas sudah pasti akan memberi satu kepuasan dan kelegaan dalam diri masing-masing, - UTUSAN
![]() |
* SULTAN Sharafuddin Idris Shah meluangkan masa beramah mesra dengan kanak-kanak Rumah Aman 2 selepas merasmikan rumah anak-anak yatim berkenaan di Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam. - BERNAMA |
Baginda bertitah, segala sumbangan dan bantuan yang diperoleh hendaklah digunakan sebaik-baiknya kerana ia amanah yang harus dimanfaatkan kepada mereka yang berhak menerimanya.
"Beta menitahkan supaya aspek kemudahan asas, pendidikan, kebersihan dan kesejahteraan hendaklah diambil berat dan tidak diabaikan," titah Sultan Selangor ketika merasmikan rumah anak-anak yatim Rumah Aman 2 di Saujana Utama, Sungai Buloh, di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac Bhd., Tan Sri Mohamed Mansor Fateh Din; Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Glomac Bhd., Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor.
Sultan Selangor dalam pada itu turut menyeru ahli-ahli lembaga pengarah rumah kebajikan agar bersikap amanah dan terus berusaha mencari idea serta melakukan apa yang terbaik untuk terus memberi nilai tambah untuk penghuni rumah tersebut.
Tegas baginda, salah satu aspek penting yang harus diterapkan kepada penghuni rumah anak yatim seperti Rumah Aman adalah disiplin agar mereka mempunyai budi pekerti mulia, mentaati agama serta mematuhi undang-undang.
"Ini amatlah penting kerana mereka juga adalah aset penting kepada pembangunan negeri Selangor pada masa akan datang," titah Sultan Sharafuddin.
Sultan Selangor turut menyeru semua pihak termasuk kerajaan, swasta, badan-badan korporat serta individu agar tampil memberi sumbangan dan bantuan kepada Rumah Aman dan rumah kebajikan berdaftar yang lain bagi membantu meringankan beban mereka.
Jelas baginda, sumbangan dan sokongan moral secara ikhlas sudah pasti akan memberi satu kepuasan dan kelegaan dalam diri masing-masing, - UTUSAN

No comments:
Post a Comment