Monday, 20 January 2014

Ops Harga 2014 serentak mulai hari ini

SEREMBAN, ISNIN, 20 Januari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melancarkan Ops Harga 2014 serentak di seluruh negara, mulai hari ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, KPDNKK serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

"Menerusi operasi ini, kami akan membuat pemeriksaan mengejut (dari semasa ke semasa) di tiga sasaran utama iaitu pasar basah, kedai runcit dan restoran.

"Operasi ini memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu penandaan harga, pengeluaran notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta memeriksa alat timbang dan sukat," katanya pada sidang akhbar selepas menyertai Ops Harga 2014 di Pasar Besar Seremban di sini, hari ini.

Beliau berkata, Ops Harga 2014 melibatkan 1,800 pegawai penguatkuasa dan 1,100 pegawai pemantau harga. - BERNAMA
3
8










Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140120/dn_27/Ops-Harga-2014-serentak-mulai-hari-ini#ixzz2qwRGcz00
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment