Monday, 20 January 2014

Rayuan kerajaan ditolak

Oleh AMIRUDDIN HARUN

PUTRAJAYA, ISNIN, 20 Januari, 2014; Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan kerajaan Malaysia terhadap perintah membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada lima peguam dan seorang aktivis dalam kes saman berhubung penangkapan serta tahanan salah kerana berhimpun sempena Hari Hak Asasi Manusia, tujuh tahun lalu.

Datuk Zaharah Ibrahim yang mengetuai panel tiga hakim bersama-sama Datuk Ananthan Kasinather dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian sebulat suara tanpa perintah mengenai kos.

Panel tersebut turut menolak rayuan kumpulan peguam dan aktivis terbabit yang tidak berpuas hati dengan ganti rugi RM10,000 seorang yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Julai tahun lalu.

Lima peguam terbabit terdiri daripada Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran; Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya; Eric Paulsen; dan Amer Hamzah Arshad; serta aktivis, Johny Andu @ Abu Bakar Adnan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment