Monday, 20 January 2014

Penyewa rumah ditemui rentung dalam kebakaran.

KUCHING, ISNIN, 20 Januari, 2014: Seorang penyewar rumah ditemui mati dan seorang lagi melecur teruk dalam kebakaran dua blok rumah sewa di Lorong 7, Jalan Resak, Taman Kali, Jalan Tun Razak di sini awal pagi ini.

Jurucakap bomba berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa yang melecur telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Katanya, setakat ini jantina dan identiti mangsa yang maut belum dikenal pasti kerana keadaan mayat yang rentung. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment