My Add

Thursday, 20 February 2014

15 remaja ditahan curi motosikal

Oleh NORLIA RAMLI

 * MAT Daud Mat Hasan (kanan) melihat rangka motosikal yang dileraikan serta motosikal yang dicuri di sekitar daerah Baling, Kedah, semalam.
BALING, SELASA, 18 Februari, 2014: Seramai 15 remaja termasuk seorang perempuan diberkas selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hasan berkata, kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 24 tahun itu diberkas dalam operasi selama seminggu bermula 12 Februari lalu sehingga semalam

"Kita berkas kesemua suspek di rumah masing-masing di sekitar daerah ini serta Sungai Petani.

"Mereka kini ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Mat Daud, pihaknya turut menemui tiga motosikal jenis Honda EX5, Yamaha LC serta sembilan rangka kenderaan itu.

"Pihak polis percaya rangka motosikal yang dileraikan tersebut akan dijual pada harga yang murah.

"Rangka motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha RXZ turut ditemui di beberapa kawasan sekitar rumah salah seorang suspek," jelasnya.

Mat Daud berkata, polis kini memburu beberapa lagi suspek yang terbabit dalam kes curi motosikal itu.

"Kami meminta ibu bapa beri kerjasama kepada polis jika anak-anak mereka membawa pulang motosikal tidak dikenali.

"Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara lima hingga tujuh tahun serta denda," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment