My Add

Saturday, 15 February 2014

15 terbunuh serangan libatkan etnik Muslim di Xinjiang

BEIJING, SABTU, 15 Februari, 2014: Sejumlah 15 orang terbunuh dalam satu serangan ganas yang melibatkan komuniti etnik Muslim Uighur di wilayah Akshu, Xinjiang, China, semalam.

Pihak polis melaporkan, lapan daripada mangsa ditembak mati oleh anggota polis, manakala tiga yang lain merupakan pengebom berani mati yang meletup dan menyebabkan empat lagi terkorban.

Kejadian itu terjadi selepas beberapa anggota polis diserang 11 orang daripada etnik berkenaan ketika mereka sedang bersiap sedia untuk menjalani tugas di sebuah taman dalam wilayah itu. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment