Ketua Menteri Delhi letak jawatan
MUMBAI, SABTU, 15 Februari, 2014: Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal mengumumkan peletakan jawatan semalam, bagi membantah sekatan yang dikenakan terhadap satu rang undang-undang anti rasuah.
Kejriwal yang baharu sahaja mengambil alih jawatan itu 49 hari lalu mengumumkan perkara terbabit dalam satu perhimpunan bersama penyokongnya, di sini.
Sebelum ini, beliau menggesa supaya rang undang-undang anti rasuah segera dibentangkan dan diluluskan, tetapi Parti Kongres dan parti pembangkang, Bharatiya Janata memberitahu, rang undang-undang itu mesti diluluskan oleh kerajaan pusat. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment