4 beradik akan mula bersekolah Ahad ini
Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN
KOTA BHARU, SELASA, 04 Februari, 2014: Keempat-empat anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nor Shal kelihatan teruja ketika membuat persiapan untuk memulakan sesi persekolahan di Malaysia pada Ahad ini.
Menurut anak sulung pasangan yang ditahan pihak berkuasa Sweden itu, Aishah, 15, dia berasa janggal untuk menggunakan pakaian seragam kerana kali terakhir memakai baju tersebut adalah ketika mereka sekeluarga menetap di Afrika Selatan, kira-kira empat tahun lalu.
Bagi adik-adik saya, mereka mungkin tidak mempunyai sebarang masalah untuk memakai pakaian seragam.
Saya pula tiada masalah untuk memakai baju kurung, cuma belum dapat menyesuaikan diri untuk berpakaian sebegitu dalam cuaca panas begini," katanya kepada pemberita selepas membeli barang-barang keperluan untuk memulakan sesi persekolahan di Pasir Tumboh, hari ini.
Aishah akan memulakan sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kala, manakala tiga orang adiknya akan bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala yang terletak berhampiran kediaman ibu saudara yang juga penjaga mereka di Wakaf Tok Wali, Melor. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment