Sunday, 16 February 2014

47 maut di hadapan masjid

BEIRUT,  15 Februari, 2014: Sekurang-kurangnya 47 orang maut apabila sebuah kereta mengandungi bom diletupkan di hadapan sebuah masjid di utara Syria, semalam. Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria menyatakan, angka kematian dalam kejadian di Yaduda, selatan

 Daraa itu dijangka meningkat kerana sebahagian daripada 150 yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Aktivis menyalahkan tentera mendalangi serangan tersebut.

 Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 18 askar dan anggota kumpulan militia prokerajaan terbunuh apabila penentang kerajaan meletupkan bom di bawah Hotel Carlton di Aleppo yang digunakan oleh tentera. Badan hak asasiSABTU, manusia itu memaklumkan, penentang kerajaan menggali terowong ke bawah hotel tersebut dan meletupkan bom terbabit, awal pagi semalam.

 Dalam kejadian berasingan, Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) dilaporkan membunuh berpuluh-puluh orang apabila kumpulan itu terp aksa berundur dari lima buah kampung termasuk Hreitan, Aleppo selepas diserang penentang kerajaan.  

ISIL dilaporkan membunuh 27 orang termasuk 15 anggota pergerakan Islam. Sebanyak 15 anggota kumpulan penentang kerajaan turut terbunuh dalam serangan tersebut. - AFP/UTUSAN

 

No comments:

Post a Comment