My Add

Sunday, 23 February 2014

Aktiviti korek pasir punca lapan lemas?

KUALA LUMPUR, SABTU, 22 Februari, 2014: Kegiatan mengorek pasir yang dijalankan di Sungai Muar dekat Kampung Buloh Kasap dipercayai menjadi punca berlaku pasir jerlus di dasar sungai itu sehingga meragut nyawa lapan pelajar di Segamat, Johor semalam.

Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM,) Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, aktiviti mengorek pasir yang dilakukan di kawasan tersebut dipercayai mengakibatkan paras sungai itu semakin dalam.

Katanya, sungai tersebut kelihatan tenang dari luaran dan mangsa tidak akan menyedari terdapat ruang-ruang pasir di dasar itu yang boleh menyebabkan berlaku pemendapan.

"Pasir di dasar sungai itu sekiranya dipijak akan menyedut mangsa kerana keadaannya yang masih belum padat," katanya di sini hari ini.

Ku Halim juga mencadangkan agar pihak berwajib segera meletakkan penghadang dan papan tanda amaran di kawasan tersebut bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Sebelum ini tiada kajian atau amaran diletakkan di kawasan berkenaan, walhal kita tahu di situ pernah menjalankan aktiviti mengorek pasir yang pasti ada risikonya," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment