Bekas kekasih Josephine Mary direman
KLANG, SABTU 22 Februari, 2014: Bekas kekasih kepada seorang pemilik akaun Facebook dengan nama Josephine Mary yang ditahan minggu lalu, direman sehingga Isnin ini.
,tua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung status akaun laman sosial itu berunsur hasutan, cacian dan fitnah melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, baru-baru ini,
Sebelum ini, polis menahan seorang wanita berusia 27 tahun yang dipercayai pemilik akaun Facebook dengan nama Josephine Mary kerana dikatakan menghina Sultan Selangor.
Hasil siasatan, polis memburu bekas teman lelaki wanita itu bagi membantu siasatan berhubung perkara berkenaan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment