Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
MELAKA, JUMAAT, 14 Februari, 2014: Polis menumpaskan kumpulan ragut dan curi motosikal dikenali sebagai Geng Pak Rasid dengan tertangkapnya 10 individu termasuk enam lelaki dan empat wanita dalam operasi sekitar Melaka Tengah di sini semalam.
Dalam operasi antara pukul 6 pagi hingga 8 malam itu, sebanyak lapan buah motosikal yang dilaporkan hilang di sekitar Melaka Tengah, Merlimau dan Sungai Besi berjaya dirampas.
Turut dirampas, lapan telefon bimbit pelbagai jenama, enam beg tangan pelbagai jenama, sebuah komputer riba jenama HP, dua pucuk pistol tiruan, seutas jam tangan dan sebilah pedang.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun dan terlibat dalam sekurang-kurangnya 12 kes ragut di daerah itu, ditahan di lima lokasi berlainan.
"Dalam serbuan pertama, kita telah menahan dua lelaki berusia 22 dan 23 tahun berhampiran restoran di Melaka Raya kira-kira pukul 6 pagi bersama sebuah motosikal jenis Yamaha LC yang dipercayai dicuri.
"Seorang lagi lelaki berusia 25 tahun dipercayai ketua kumpulan ditahan dalam serbuan kedua kira-kira pukul 7.30 pagi di Kota Laksamana dan polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha LC.
"Serbuan ketiga pula berjaya menahan seorang wanita berusia 25 tahun di sebuah hotel bajet di Kota Laksamana pada pukul 12.30 tengah hari," katanya dalam sidang akhbar di IPD Melaka Tengah di sini hari ini.
Menurut Salehhudin, hasil pemeriksaan di bilik hotel itu, polis berjaya merampas telefon bimbit, enam beg tangan pelbagai jenama, sebuah komputer riba jenama HP, dua pucuk pistol tiruan dan seutas jam tangan.
"Serbuan keempat yang dilakukan di sebuah lagi hotel bajet di Ujong Pasir pada pukul 3 petang di mana seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 20 dan 24 tahun ditahan bersama sebilah pedang.
"Serbuan terakhir dilakukan ke atas sebuah rumah teres di Bukit Katil yang membawa kepada penahanan dua lelaki dan dua wanita berusia antara 24 hingga 30 tahun," katanya. - UTUSAN
![]() |
* SALEHUDIN Abd. Rahman (kiri) memeriksa lapan motosikal curi yang dirampas daripada Geng Pak Rasid selepas sidang akhbar di Melaka, semalam. |

No comments:
Post a Comment