![]() |
| Hassan Johari |
Beliau dilantik memangku jawatan itu mulai Selasa lalu sehingga pemilihan UMNO akan datang selepas ketuanya, Datuk Saipolbahari Suib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning digantung keahlian kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lalu.
Menurutnya, surat lantikan tersebut dikeluarkan oleh UMNO pusat yang ditandatangani Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Pada dasarnya kita simpati dengan insiden yang menimpa Saipolbahari. Bagaimanapun kita akur dengan keputusan itu yang bertujuan mengawal dan memastikan UMNO dan ahlinya berdisiplin dan beretika.
"Jadi, kita tidak akan mempertikaikan keputusan itu dan saya minta semua ahli yang mewakili 128 cawangan menerima hakikat dan terus bersama membangunkan masa depan UMNO iaitu satu-satunya parti yang menjadi wadah perjuangan bangsa Melayu secara menyeluruh," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.
Penggantungan Saipolbahari diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin UMNO. Saipolbahari bersama empat pemimpin UMNO bahagian itu digantung keanggotaan mereka selama dua penggal.
Pada pemilihan parti tahun lalu, beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) berjaya mengekalkan jawatan ketua bahagian selepas menewaskan pencabarnya, Allahyarham Datuk Mazlan Sabari dan Lokman Mohd. Dom. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment