Monday, 17 February 2014

Megawati, bukan Jokowi pencabar saya - Aburizal

JAKARTA, AHAD, 16 Feruari, 2014: Pengerusi Parti Golkar, Aburizal Bakrie menyifatkan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dan pengerusinya, Megawati Soekarnoputri akan menjadi pencabar terdekat dalam pilihan raya umum dan pilihan raya Presiden akan datang.

Aburizal yang merupakan calon partinya dalam pilihan raya Presiden turut mencadangkan Golkar dan PDI-P membentuk kerajaan perikatan walaupun akan bertanding menentang Megawati dalam pilihan raya tersebut,

Apabila ditanya antara Megawati dan Gabenor Jakarta, Joko Widodo akan menjadi pencabar terdekatnya dalam pilihan raya Presiden, Aburizal berkata, ``Megawati kerana beliau mempunyai penyokong tegar besar dan merupakan anak Presiden pertama Indonesia, Sukarno.’’

Aburizal juga menafikan beliau cuba mendorong PDI-P menyokong Megawati berbanding Joko yang lebih dikenali sebagai Jokowi.-UTUSAN ONLINE.  

No comments:

Post a Comment