Tuesday, 4 February 2014

Malaysia anggota tidak tetap Majlis Kerjasama Teluk

KUALA LUMPUR, SELASA, 04 Februari, 2014: Malaysia akan berkhidmat sebagai anggota tidak tetap kesatuan politik dan ekonomi negara-negara Arab, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Majlis Keselamatan bagi tempoh 2015-2016.

Duta Besar Kuwait ke Kuala Lumpur, Saad Abdullah Al Asousi berkata, sokongan itu diumumkan oleh Misi Kuwait ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi pihak GCC semasa mesyuarat bulanan Kumpulan Asia baru-baru ini.

"Semoga Malaysia berjaya dalam usaha ini dan (kami) melahirkan keyakinan negara-negara berkenaan bahawa pencalonan itu akan memperkukuh usaha Majlis Keselamatan dalam melaksana misi utamanya untuk memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini Selasa.

Kenyataan itu menerangkan Malaysia menggantikan Korea Selatan di tempat berkenaan, yang penggal perkhidmatannya tamat pada hujung tahun ini.

GCC dianggotai negara-negara Arab yang menyempadani Teluk Parsi iaitu Bahrain, Oman, Qatar, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan negara Kuwait, ketua sesi ketika ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment