Mubarak mahu Teresa dikenakan tindakan tegas
Oleh AINAA MARDHIAH MOHD GHAZALI
SEREMBAN, KHAMIS, 13 Februari, 2014: Kerajaan perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung tindakannya menghasilkan video yang didakwa menghina pemimpin serta orang Melayu.
Naib Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Mohd. Yazid Baba berkata, tindakan itu perlu bagi membendung perkara sama daripada terus berulang pada masa depan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung Mubarak Cawangan Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban di sini.-UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment