Friday, 14 February 2014

UMNO tidak masuk Sarawak - TPM

KUCHING, KHAMIS, 13 Februari, 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan UMNO tidak akan masuk ke Sarawak selepas berlaku peralihan kuasa di negeri ini.

"Tiada keperluan untuk parti itu masuk ke Sarawak kerana struktur pemerintahan kerajaan di sini sudah kukuh," kata Timbalan Presiden UMNO itu dalam sidang akhbar di sini.

Sarawak menyaksikan peralihan pucuk pimpinan berikutan pengumuman Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam bahawa Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak, Tan Sri Adenan Satem adalah Ketua Menteri Sarawak yang baharu bermula 1 Mac depan.-UTUSAN ONLINE. 

No comments:

Post a Comment