Palanivel namakan penyandang jawatan MIC Selangor
KUALA LUMPUR, SELASA, 04 Februari, 2014: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel hari ini mengumumkan pelantikan empat penyandang jawatan dalam jawatankuasa perhubungan MIC Selangor.
Palanivel, yang juga pengerusi MIC Selangor berkata, anggota jawatankuasa pusat, K. Partiban dilantik semula sebagai setiausaha, Datuk S. M Muthu (penolong setiausaha), N. Rawisandaran (bendahari) dan Awtar Singh (ketua penerangan).
"Saya mahu mereka bergerak sebagai satu pasukan ke setiap bahagian di Selangor dan mendengar masalah yang dibangkitkan," katanya dalam kenyataan di sini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment