![]() |
| DARI KIRI: Hamid Hussain, Saifullah Muhammad, Wan Nur Samira |
ALOR SETAR, SABTU, 22 Februari, 2014: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 melahirkan rasa gembira dan bersyukur apabila mula menerima bantuan bernilai antara RM450 dan RM650 hari ini.
Mereka yang ditemui menyambut baik usaha kerajaan yang masih mengadakan bantuan BR1M pada tahun ini sebagai menampung keperluang wang perbelanjaan harian.
Bagi pesara kerajaan, Hamid Hussain, 71, berkata, amat bersyukur kerana pada tahun ini kerajaan bukan sahaja meneruskan bantuan BR1M malah menambah jumlah yang diberikan berbanding sebelum ini.
"Wang ini bukan sahaja dapat menambah wang sedia ada tetapi saya mahu gunakan untuk perbelanjaan harian bagi membeli keperluan dapur.
"Saya juga berharap usaha kerajaan ini akan diteruskan pada tahun akan datang kerana dapat membantu rakyat terutama golongan pesara yang hanya bergantung pada pendapatan pencen bulanan," katanya.
Seorang pekerja swasta, Saifullah Muhammad, 28, pula memberitahu, ini merupakan kali ketiga dia menerima bantuan BR1M dan wang tersebut amat membantu golongan sederhana dalam menampung perbelanjaan harian.
Menurutnya, BR1M membuktikan kerajaan begitu komited dalam membantu rakyat dan tidak pernah meminggirkan setiap golongan termasuklah berpendapatan rendah.
"Wang ini akan saya gunakan untuk simpanan dan selebihnya digunakan untuk modal perniagaan kecil-kecilan," ujarnya.
Tidak ketinggalan penerima bujang, Wan Nur Samira Wan Mohamad Yusof, 24, yang telah menerima BR1M sejak tahun lalu, berkata, wang RM300 diterima akan digunakan untuk membeli persiapan perkahwinan.
Katanya, walaupun jumlah tersebut kecil bagi golongan berpendapatan tinggi tetapi amat bermakna bagi mereka yang baru bekerja dan berpendapatan rendah. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment