My Add

Thursday, 27 March 2014

Malaysia dihormati di persada antarabangsa - Najib

Daripada MUSTAFA KAMAL BASRI

MANILA, KHAMIS 27 Mac, 2014: Perjanjian damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina hari ini di Istana Presiden, Istana Malacanang di sini telah mengangkat imej Malaysia serta semakin dihormati di persada antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perdamaian yang dicapai antara MILF dan kerajaan Filipina membuktikan Malaysia mampu memainkan peranan dalam menyumbang kepada pembangunan dan keamanan di rantau ASEAN.

Najib yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Filipina untuk menyaksikan upacara bersejarah menandatangani Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) di sini berkata, Malaysia telah bertindak dengan berkesan sebagai fasilitator dalam proses rundingan damai itu.

Beliau menyifatkan perjanjian damai itu sebagai era baru di selatan Filipina bagi menamatkan konflik di wilayah itu dan membantu Bangsamoro mencapai perjuangan mereka untuk mewujudkan entiti dan politik Bangsamoro.

“Saya anggap ia satu perjanjian bermakna dan bersejarah. Hasrat saya ialah untuk melihat seluruh kawasan Filipina menjadi lebih aman dan rakyat Malaysia di Sabah akan mendapat limpahannya dan turut menikmati keamanan,’’ katanya kepada wartawan Malaysia di sini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment