My Add

Thursday, 27 March 2014

Skim MyHome dilaksanakan 1 April

PUTRAJAYA, KHAMIS, 27 Mac, 2014: Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) yang menawarkan insentif sehingga RM30,000 kepada pembeli rumah dan pemaju swasta akan dilaksanakan 1 April ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, melalui skim tersebut, kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi membina 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

"Bagi memastikan skim itu berjaya, kementerian akan menilai pemaju perumahan yang menyertai skim berkenaan untuk memastikan hanya pemaju layak dan mempunyai rekod baik sahaja dipilih," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran skim itu di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, pemilihan pemaju akan dilaksanakan melalui jawatankuasa Pemilihan Projek Myhome kementerian.

"Sehingga kini terdapat sebanyak 40 pemaju telah menyatakan minat untuk membina 5,000 unit rumah mampu milik melalui skim berkenaan," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment