MH370: Anwar hanya mahu malukan kerajaan - Khairy
Oleh ADLINAHANI KHALIL
HULU LANGAT, SABTU, 22 Mac, 2014: Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mengkritik usaha kerajaan dalam melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines MH370 hanya dilihat sebagai mahu memalukan kerajaan.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, Anwar sebenarnya tidak memberi sebarang kenyataan berhubung operasi SAR MH370, sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan untuk menghentam kerajaan.
"Wawancara Anwar bersama media asing berhubung kehilangan MH370 tidak lebih daripada sekadar memburukkan imej negara dan pentadbiran kerajaan.
"Perkara itu secara tidak langsung menunjukkan beliau sebenarnya diguna oleh media asing untuk memalukan Malaysia," katanya ketika menghadiri Karnival Santai Belia dan Sukan Rakyat bersama penduduk Kajang, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment