Wednesday, 26 March 2014

MH370: MAS tidak lari daripada tanggungjawab sosial - Md. Nor

SEPANG, selasa, 25 Mac, 2014: Pengerusi MAS, Tan Sri Md. Nor Md. Yusof menegaskan pihak MAS akan terus melaksanakan tanggungjawab sosial dan menjaga kebajikan ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang berakhir di selatan Lautan Hindi.

Beliau berkata, MAS akan terus memberi bukan sahaja sokongan emosi tetapi juga bantuan kewangan kepada setiap keluarga penumpang pesawat itu.

"Kejadian ini adalah satu tragedi yang menimpa kita semua di MAS dan memang tidak diduga.

"Lebih dua minggu penantian khabar oleh keluarga yang terbabit dan pastinya berita yang disampaikan malam tadi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah amat mendukacitakan dan sukar untuk diterima.

"Namun pihak kami akan menggalas tanggungjawab sosial terhadap keluarga penumpang dan anak kapal MH370, " katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Md. Nor berkata, sejak pesawat MH370 hilang pada 8 Mac lalu, siasatan dan pencarian dilakukan sejauh 2.24 juta batu persegi.

Beliau berkata, siasatan yang berterusan dilakukan bukanlah satu perkara yang mudah.

"Walau bagaimanapin pihak kami akan terus memberikan bantuan kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370 kerana buat masa ini, itulah yang menjadi keutamaan kita," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment