Tuesday, 1 April 2014

Datuk Bandar KL akan berbasikal 5 hari ke tempat kerja

KUALA LUMPUR, SELASA, 01 April, 2014: Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib akan menunaikan janji untuk berbasikal ke tempat kerja selama lima hari, setelah 277 bangunan menyertai kempen ’Earth Hour’ Sabtu lepas.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merekodkan 277 bangunan, melebihi sasaran awalnya. Saya akan berbasikal selepas 6 April nanti," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sabtu lepas, Ahmad Phesal berikrar akan berbasikal ke tempat kerja selama lima hari jika 150 bangunan di ibu negara menyertai kempen hijau dengan memadam lampu bagi tempoh sejam bersempena ’Earth Hour’ 2014.

Beliau membuat akujanji ’I will, if you will’ itu untuk kali kedua setelah kempen sama berjaya mencapai sasaran 86 bangunan tahun lepas.

Earth Hour merupakan acara tahunan, yang diadakan pada hari Sabtu terakhir bulan Mac, untuk setiap kediaman dan pejabat mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam sebagai usaha mengurangi penggunaan karbon.-BERNAMA 

No comments:

Post a Comment