Tuesday, 1 April 2014

Dipenjara 12 bulan, denda RM20,000 guna dokumen palsu

KUALA LUMPUR, SELASA, 01 April, 2014: Seorang ahli perniagaan dipenjara 12 bulan dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menggunakan dokumen palsu berhubung pendaftaran Harta Intelek dan pertukaran nama kenderaan, empat tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu terhadap Muhammad Kin Eezaz Abdullah, 44, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM10,000 masing-masing bagi pertuduhan pertama dan kedua yang dihadapi Muhammad dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan jika gagal membayar denda itu tertuduh boleh dipenjara empat bulan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuan selesai.-BERNAMA 

No comments:

Post a Comment