Firma Malaysia-AS meterai perjanjian komersial RM6.4 bilion
KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 April, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pagi ini menyaksikan pemeteraian tiga perjanjian komersial antara syarikat negara ini dengan AS bernilai AS$2 bilion (RM6.4 bilion) dalam sektor penerbangan, bioteknologi dan insurans di Malaysia.
Obama dalam ucapan ringkasnya mengalu-alukan kerjasama antara pihak swasta Malaysia dan AS yang pastinya bakal mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang ekonomi kepada kedua-dua negara.
Syarikat-syarikat terbabit ialah GE Aviation dengan Kumpulan AirAsia untuk pembelian enjin 80E1 untuk 25 pesawat baharu Airbus A330-300 milik AirAsia X bernilai lebih AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion).
Syarikat kedua ialah Kumpulan Sime Darby untuk mengambil alih 30 peratus kepentingan bernilai AS$30 juta (RM96 juta) dalam firma bioteknologi berpangkalan di San Diego, Verdezyne.
Yang ketiga ialah perkongsian antara AmBank dan Metlife, yang telah melabur hampir AS$250 juta (RM800 juta) untuk membeli kepentingan dalam AmLife dan AmTakaful, sekali gus pelaburan pertama firma AS dalam pasaran takaful Malaysia. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment