My Add

Wednesday, 2 April 2014

Gempa bumi kuat landa utara Chile

* Foto: Twitter @wikisism
KUALA LUMPUR, RABU, 02 April, 2014: - Satu gemba bumi berukuran 8.0 pada skala Richter berlaku di Near Coast of Northern Chile pada pukul 7.46 pagi ini.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini menyebut gempa itu berpusat 84 km Barat Laut dari Iquique, Chile dan 17,906 km Barat Daya dari Pontian, Johor.

Bagaimanapun gempa itu tidak menyebabkan ancaman tsunami di Malaysia, menurut kenyataan itu lagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangannya dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment