Jadikan masa depan lebih aman - Obama
KUALA LUMPUR, AHAD, 27 April, 2014: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mahu generasi muda yang bakal bergelar pemimpin masa depan menjanjikan dunia yang lebih aman selain menerapkan nilai-nilai kebersamaan.
Ingatan dan harapan beliau itu disuarakan ketika menyampaikan ucaptama dan dialog sempena perjumpaan lebih 400 orang peserta Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di Universiti Malaya (UM) di sini petang ini.
Malah menurut beliau, golongan muda perlu menjadi sebahagian daripada ejen perubahan dan ejen penyelesaian masalah, bukannya terlibat dalam sesuatu permasalahan.
Beliau juga mahu nilai-nilai keadilan, kesaksamaan dan demokrasi diperkukuhkan termasuk memberi peluang yang adil kepada semua pihak, khususnya wanita. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment