My Add

Wednesday, 2 April 2014

Jurang majikan, pekerja Malaysia agak besar

KUALA LUMPUR, SELASA, 1 April, 2014: Malaysia dianggap antara negara yang mempunyai jurang hubungan majikan dan pekerja yang besar di dalam sesebuah organisasi, mengikut ukuran Power Distance.

Power Distance dipopularkan oleh Profesor Geert Hofstede, bagi mengukur jurang hubungan antara majikan-pekerja dan kadangkala digunakan untuk mengukur hubungan kerajaan-rakyat dan pemimpin-pengikut.

Ukuran itu dikira antara 1 hingga 120 mata, semakin tinggi matanya, semakin luas jurang hubungan tersebut.

Menurut buku Indeks Kepimpinan Asia 2014, Malaysia mempunyai 100 mata iaitu tertinggi berbanding beberapa negara Asia utama yang lain. Filipina (94), Bangladesh, Sri Lanka dan China (80), Indonesia (78), Singapura (74), Thailand (64), Jepun (54) dan Australia (36). - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment