Kes pertama MERS-CoV di Mesir dikesan
KAHERAH, AHAD, 27 April, 2014: Seorang rakyat Mesir mencatat kes pertama menjadi penghidap Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-Cov) di negara ini selepas pulang dari Arab Saudi, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Mesir semalam.
Penghidap penyakit itu yang berusia 27 tahun kini dilaporkan stabil dan sedang menjalani rawatan di Hospital Cairo, kata kenyataan itu.
Lelaki itu sebelum ini menginap di Riyadh, Arab Saudi sebelum pulang ke Mesir baru-baru ini. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment