My Add

Sunday, 27 April 2014

Lawatan Obama beri impak positif kepada Cyberjaya

CYBERJAYA, SABTU, 26 April, 2014: Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Malaysia selama tiga hari mampu memberi impak positif kepada pertumbuhan bandar Cyberjaya.

Pengarah Urusan Cyber­view Sdn. Bhd., Faris Yahaya berkata, Obama turut meluangkan masa untuk melawat Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) yang terletak di Cyberjaya.

Beliau berkata, kehadiran pemimpin itu dilihat mampu meningkatkan profil dan identiti Cyberjaya selaku bandar hab teknologi negara ini kepada dunia luar.

"Kedatangan Obama ke sini dapat memperkenalkan Cyberjaya kepada semua pihak, bukan sahaja kepada syarikat-syarikat dari AS, malah syarikat multinasional (MNC) di seluruh dunia," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment