Sunday, 27 April 2014

Malaysia-AS tuju kerjasama komprehensif

PUTRAJAYA, AHAD, 27 April, 2014: Kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) hari ini mencapai persetujuan untuk meningkatkan hubungan bilateral kedua-dua negara itu ke peringkat kerjasama komprehensif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bidang kerjasama tersebut antaranya meliputi ekonomi, keselamatan, pendidikan, sains dan teknologi.

"Malaysia juga mengalu-alukan tumpuan AS terhadap Asia dan sumbangannya kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini.

"Benua kita berkongsi lautan yang sama dan kita juga patut dihubungkan dengan polisi yang sama. Kita percaya semua pihak sewajarnya berkongsi kisah pembangunan di Asia dan komitmen untuk mengekalkan keamanan," katanya dalam sidang akhbar yang turut disertai Presiden AS, Barack Obama di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment