Sunday, 27 April 2014

Obama iktiraf Najib laksana reformasi politik

Oleh KAMIL MASLIH dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

PUTRAJAYA, AHAD, 27 April, 2014: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengiktiraf komitmen yang ditunjukkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan pelbagai reformasi politik di negara ini.

Obama berkata, polemik hak asasi manusia di Malaysia yang diperkatakan tidak menggambarkan realiti sebenar usaha penambahbaikan perkara berkenaan yang telah dilakukan oleh kerajaan negara ini.

"Dalam lawatan saya ke seluruh dunia, banyak juga individu yang saya tidak berjumpa dan ini tidak bermakna apabila saya tidak bertemu dengan Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim), saya tidak mengambil berat mengenai hak asasi manusia," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Najib di Seri Perdana di sini hari ini.

Sementara itu, Najib menegaskan Malaysia antara negara terkehadapan dalam menegakkan prinsip hak asasi kemanusiaan apabila memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan tahanan tanpa bicara dan meluluskan Akta Perhimpunan Aman apabila beliau menjadi Perdana Menteri pada 2009.

Menurut beliau, dalam kes liwat melibatkan Anwar, kesalahan yang dilakukan Ketua Pembangkang itu melanggar undang-undang negara dan aduan dibuat oleh bekas pembantu peribadinya.

"Di sisi undang-undang, semua individu mempunyai hak keadilan yang sama walau sekecil atau sebesar mana kedudukannya.

"Tidak elok untuk saya ulas lebih lanjut kes yang masih berada dalam proses mahkamah," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment