MAS serah Boeing 737 kepada Kementerian Pendidikan
KUALA LANGAT, ISNIN, 28 Apri, 2014: Malaysia Airlines (MAS) menyerahkan sebuah pesawat terpakai Boeing 737 kepada Kementerian Pendidikan bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran melalui makmal latihan dalam Program Penyenggaraan Pesawat.
Majlis tersebut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan di Politeknik Banting.
Menurut Muhyiddin, hasil daripada sumbangan itu akan memberi manfaat kepada pihak industri
"Sebagai pemacu utama ekonomi negara, pihak industri memerlukan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam pelbagai sektor ekonomi," katanya - UTUSAN ONLINE.
No comments:
Post a Comment