MH370: Obama beri jaminan akan bantu usaha mencari
Oleh KAMIL MASLIH dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
PUTRAJAYA, AHAD, 27 April, 2014: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini memberi jaminan negara itu akan sedaya mungkin menyalurkan segala bentuk bantuan termasuk dari segi aset dan kepakaran bagi membantu Malaysia mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Obama mengakui usaha pencarian pesawat tersebut amat mencabar, namun beliau menghargai ketelusan kerajaan Malaysia berkongsi maklumat dan kegigihan dalam operasi pencarian. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment