My Add

Tuesday, 1 April 2014

Pelaksanaan Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bukti janji ditepati - TPM

KOTA BHARU, SELASA, 01 April, 2014: Pelaksanaan projek lebuh raya Kota Bharu- Kuala Krai hari ini adalah bukti benarnya slogan “janji ditepati" oleh kerajaan persekutuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pembinaan lebuh raya itu, katanya adalah antara tujuh janji diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk rakyat Kelantan dalam lawatannya ke negeri itu pada 20 Jan tahun lepas.

"Ini bukti jelas apa yang disebut oleh Perdana Menteri dalam lawatan ke Kelantan sebelum pilihan raya (umum ke-13) dulu kita laksanakan, walaupun ia dibuat secara berperingkat-peringkat, pastinya kita tidak akan buat setakat itu sahaja, kita akan buat hingga selesai lebuh raya ini," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bagi pakej 1B: Pasir Hor ke Kadok di sini, hari ini.

Projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73.5 km dengan anggaran kos RM1.8 bilion. Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok di sini, sepanjang tujuh kilometer melibatkan kos RM168.5 juta, merupakan fasa pertama daripada tiga fasa pembinaan.

Pembinaan pakej 1B dijangka disiapkan dalam tempoh tiga tahun iaitu pada April 2017.-BERNAMA

No comments:

Post a Comment