My Add

Saturday, 26 April 2014

Pemilihan kawasan catuan bukan berdasar status - Syabas

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 April, 2014: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berkata, pemilihan kawasan catuan air tidak dibuat berdasarkan status sosioekonomi pengguna.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred Dharan berkata, sebaliknya, pemilihan kawasan itu dibuat berdasarkan pertimbangan teknikal sistem agihan.

"Pengecualian hanya pada kawasan secara khusus dikecualikan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), iaitu pusat petadbiran kerajaan Persekutuan Putrajaya dan kerajaan Selangor serta pusat bandaraya Kuala Lumpur.

"Ia turut meliputi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang, Pelabuhan Klang, Zon Perdagangan Bebas, hospital kerajaan dan swasta, pusat dialisis serta Stesen Janakuasa Salahudin Abdul Aziz di Kapar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Priscilla mengingatkan penduduk agar tidak melakukan aktiviti terlarang dan menyalahi undang-undang bagi mendapatkan air seperti merosakkan sistem paip agihan kerana ia akan mengakibatkan kehilangan atau kekurangan lebih banyak bekalan sekali gus menyebabkan masalah kekurangan air bertambah teruk. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment