Monday, 28 April 2014

Mahkamah Rayuan tukar keputusan Mahkamah Tinggi 

PUTRAJAYA, ISNIN, 28 Aprril, 2013: Seorang pesara berputih mata apabila polis dan kerajaan berjaya dalam permohonan di Mahkamah Rayuan di sini bagi mengetepikan anugerah RM1.43 juta yang diberikan Mahkamah Tinggi kepadanya kerana ditahan dan didera secara salah pada 1998.

Panel tiga hakim diketuai hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali berpendapat Mahkamah Tinggi telah silap dalam membuat keputusan yang menyatakan Dickson Ng Sek Wah telah ditahan secara salah.

Panel itu yang turut dianggotai hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk Lim Yee Lan dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim telah sebulat suara membenarkan rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 9 November tahun 2010.

Hakim Aziah juga mengarahkan Sek Wah membayar RM1,000 sebagai kos guaman kepada polis dan kerajaan.

Sek Wah, 63, yang mewakili dirinya meminta hakim menerangkan kepadanya dalam bahasa mudah tentang keputusan itu.

Hakim Aziah memberikan penjelasan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment