Tahanan mati dalam perjalanan ke hospital
GEORGE TOWN, ISNI, 28 April, 2014: Seorang tahanan lokap di Balai Polis Bayan Lepas yang mengadu sakit perut, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang malam tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitenden Lai Fah Hin berkata, lelaki berusia 56 tahun yang ditahan pada 22 April lalu di Kampung Sungai Batu, Teluk Kumbar atas kesalahan dadah itu disahkan mati pada pukul 8.45 malam.
"Lelaki itu mempunyai 12 rekod lampau melibatkan kesalahan dadah dan keputusan bedah siasat mendapati kematiannya berpunca daripada ulser gaster," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Fah Hin, lelaki terbabit merupakan penagih dadah tegar dan mendapat perintah reman dari Mahkamah Majistret Balik Pulau sehingga 5 Mei ini untuk membantu siasatan mengenai aktiviti pengedaran dadah di sekitar Teluk Kumbar. - BERRNAMA
No comments:
Post a Comment