Monday, 28 April 2014

SPAD tubuh jawatankuasa komuniti kaji punca kemalangan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 April, 2014: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menubuhkan sebuah Jawatankuasa Komuniti bagi mengkaji punca kemalangan yang membabitkan bas ekspres dan persiaran sebagai langkah susulan untuk mengumpul semua maklumat berhubung insiden kemalangan tersebut.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya akan meneliti segala aspek pengurusan keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan syarikat tersebut.

Namun katanya, beberapa kajian berdasarkan fakta dan undang-undang perlu diteliti supaya segala keputusan yang diambil tidak berat sebelah dan tiada kesilapan.

"Setiap keputusan yang bakal diambil perlu melalui pemantauan holistik dan bukannya semata-mata atas reaksi orang ramai. Jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan mengkaji fakta kemalangan dan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan ke atas pesalah," katanya ketika ditemui selepas pengumuman dua laluan baharu bas bandar GO-KL, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment