Monday, 28 April 2014

5 kuarters polis di Kuala Tembeling rosak dipukul ribut

JERANTUT, ISNIN, 28 April, 2014: Lima unit kuarters polis di Kuala Tembeling dekat sini rosak akibat dilanda ribut dan angin kencang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jerantut, Asisten Supritendan Tey Kong Seng berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.10 malam yang melibatkan 16 orang penghuni.

Beliau berkata, bumbung rumah mereka tercabut dan diterbang ribut menyebabkan terdapat mangsa yang terpaksa keluar daripada rumah untuk menyelamatkan diri.

Pihaknya kini sedang berusaha untuk membaik pulih rumah mangsa, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment